Selamat datang Cik Nur Aliyatul Akma Binti Yahya ke Pejabat Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK). Kami gembira dengan pelantikan anda sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 18 Disember 2023 di sini.

Selamat menjalankan tugas yang baru, dan kami yakin bahawa ilmu pengetahuan dan pengalaman anda sebelum ini di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Tinggi akan menjadi aset berharga untuk memperkukuhkan prestasi dan mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan anda.

Semoga berjaya dalam semua usaha anda di pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.