2 Mei 2023 (Selasa) – Pejabat Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) mengucapkan selamat datang kepada Cik Selen Monica binti Mokhtar yang dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

Cik Monica yang ditempatkan di PNC JIPK secara kontrak memulakan tugas pada 17 April 2023 adalah merupakan bekas penuntut Latihan Industri sebelum ini di PNC JIPK. Semoga ilmu pengetahuan dan pengalaman terdahulu akan memberi kelebihan kepada beliau untuk meningkatkan prestasi dan mencapai kecemerlangan.