11 Okt 2022 (Selasa) – Selen Monica Binti Mokhtar pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah ditempatkan di Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK) untuk menjalani Latihan Industri mulai 11 Okt 2022 sehingga 27 Jan 2023. Selama 16 minggu, beliau akan mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan di pejabat ini.
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar-pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan Industri secara umumnya ialah latihan secara amali yang diwajibkan ke atas semua pelajar tahun empat untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal.
Di samping itu, para pelajar yang menjalani Latihan Industri akan dapat membina semangat, kekuatan dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat memerkasakan sifat amanah dan tanggungjawab dalam tugasan yang diberi.
Pejabat JIPK mengucapkan selamat maju jaya kepada Selen Monica Binti Mokhtar dalam melaksanakan Latihan Industri.
Pada 15 Dis 2022, delegasi dari Syarikat Leonardo Italy telah melakukan lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk melihat peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pembangunan “National Centre Of Excellence For The Integrating Of Aircraft Avionic Systems”. Ini adalah susulan persetujuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai di antara Syarikat Leonardo dan UPNM.
Perbincangan dua hala ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Cancelor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK). Skop kerja yang dirancangkan adalah pembangunan sumber manusia menerusi pemindahan teknologi dalam 2 disiplin utama iaitu Electrical Design dan Installation System Design. Pelaksanaan kedua-dua program adalah melalui tumpangan staf UPNM di premis syarikat Leonardo bagi tempoh 9 bulan. Kerjasama ini merupakan langkah terbaik bagi mewujudkan win-win situation bagi kedua-dua pihak.
Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh Leonardo Are Valeriongiuseppe Sapia dan diiringi oleh Roberto Fois, Paolo Mensitieri and Kimberly Nina Rajaretnam.
12 Dis 2022 (Isnin) – Kol Izam Ariffin (B) telah memulakan tugas rasmi beliau di Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) sebagai Ketua Unit Program Kolaborasi Industri. Beliau akan membantu PNC JIPK dalam pembangunan dan pemantauan perkembangan program kerjasama industri.
Kol Izam merupakan pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja (MTD) dan berkhidmat dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD). Beliau bergraduat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Jawatan akhir beliau sebelum bersara adalah Ketua Penolong Setiausaha Industri Pertahanan 4, Bahagian Industri Pertahanan (BIP), Kementerian Pertahanan. Semasa berkhidmat di BIP, beliau terlibat dengan Litorral Combat Ships, 8x8 AV, Starstreak and Submarine Maintenance.
Pejabat PNC JIPK mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Kol Izam.
More Articles ...
- Mesyuarat Membincangkan Kemajuan Program ICP/Offset bersama Naval Group, Perancis
- Perbincangan Bersama Unistudent UAE
- Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) Universiti Awam JK TTNC Bil. 2/2022 telah diadakan di UNIMAS.
- Perbincangan berkaitan Industrial.Collaboration Program (ICP) di antara UPNM, BAE System, Bofors dan BHIC Bofors Asia Sdn Bhd