- Details
- Bil. Capaian: 130
Delegasi UPNM yang dipimpin oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Azizi bin Miskon, telah berkesempatan untuk menjalin kerjasama yang erat dan membincangkan halatuju dengan beberapa entiti terkemuka. Antaranya Council for Scientific and Industrial Research (CSIR) di Afrika Selatan dan Universiti Pretoria serta kesempatan kunjungan hormat ke atas PYT di Kedutaan Malaysia.
- Details
- Bil. Capaian: 45
21 Feb 2024 - Satu perbincangan telah diadakan pada hari ini bertempat di ibu Pejabat Nadicorp Sdn Bhd antara UPNM dan Nadicorps Sdn Bhd bagi mencerakinkan program ini. Perbincangan ini telah diketuai oleh YBhg Prof. Ts. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid dan Lt Kol Lokman (Bersara) telah mewakili Nadicorps Sdn Bhd.
- Details
- Bil. Capaian: 3426
- Details
- Bil. Capaian: 3436
- Details
- Bil. Capaian: 4202
21 Mac 2024 - YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama warga UPNM yang berlangsung di Dewan Pendekar. YB Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan kakitangan UPNM yang hadir.
Selesai berbuka, beliau dan warga UPNM yang hadir bergerak ke Masjid Muhammad Al-Fateh untuk menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih secara berjemaah. Seusai tarawih, YB Menteri juga telah menyerahkan sumbangan bantuan komputer riba, dermasiswa dan zakat kepada 30 pelajar UPNM yang berkeperluan.
Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Tertinggi Universiti.
More Articles ...
- Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-55 Bilangan 1 Tahun 2024
- Tujuh (7) Teras Strategik, 30 Inisiatif, Penggerak Kecemerlangan UPNM 2024
- Memorandum Persefahaman Antara UPNM Dan TDA Berhad
- Kursus Fundamentals of Systems Engineering Siri 3/2024 Kerjasama antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Dengan University of Southeastern Norway