- Details
- Bil. Capaian: 125439
- Details
- Bil. Capaian: 1999
CDISS FORUM “80TH ANNIVERSARY OF HIROSHIMA AND NAGASAKI ATOMIC BOMBINGS: STRATEGIC LESSONS FOR TODAY”
22 Ogos 2025, Dewan Bestari, UPNM
"80 tahun selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, kita belajar bahawa kekuatan sebenar bukan pada senjata, tetapi pada kedamaian, hikmah dan tekad bersama menjaga masa depan kemanusiaan. Semoga tragedi ini kekal menjadi yang pertama dan terakhir dalam sejarah agar generasi akan datang hanya mewarisi keamanan, bukan kehancuran."
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) buat julung kalinya telah menganjurkan forum bertemakan “80th Anniversary of Hiroshima and Nagasaki Atomic Bombings: Strategic Lessons for Today” bertempat di Dewan Bestari, UPNM.
Penganjuran forum bersempena 80 tahun peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ini telah menampilkan YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM menyampaikan ucapan pembukaan (opening remarks) diikuti sesi pembentangan dan perbincangan oleh tiga ahli panel tersohor dalam bidang pengajian strategi dan pertahanan iaitu, Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal (Bersara) dan Lt Jen Dato’ Fadzil Mokhtar (Bersara). Forum ini telah telah mengupas bagaimana peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki menjadi titik permulaan kepada tamatnya Perang Dunia Kedua dan apakah pengajaran dan nilai yang boleh diambil daripada peristiwa ini dari aspek strategi dan doktrin ketenteraan, undang-undang antarabangsa dan penggunaan teknologi serta kecerdasan buatan dalam mendepani cabaran pada hari ini.
CDISS Forum menjadi wadah penting untuk menterjemah pengajaran sejarah kepada pengajian strategi, nilai dan tindakan demi keamanan sejagat serta mengangkat aspirasi UPNM kearah menjadi Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ketenteraan dan Strategi Pertahanan menjelang 2030 sepertimana yang digariskan dalam UPNM30.
ROUNDTABLE ON PROFESSIONAL MILITARY EDUCATION "FUTURE-PROOFING MILITARY MINDS: EVOLVING PME FOR 21ST CENTURY CONFLICTS"
5 Jun 2025 (Khamis), Bilik Mesyuarat, Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS)
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselematan Antarabangsa (CDISS) telah menganjurkan Roundtable on Professional Military Education (PME) bertemakan "Future-Proofing Military Minds : Evolving PME for 21st Century Conflicts".
Perbincangan mejabulat tersebut diadakan secara tertutup (closed-door) bersama Dr Tom Smith, Academic Director, Royal Air Force College United Kingdom yang dipengerusikan oleh Pengarah CDISS, Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, bagi membincangkan penerapan PME dalam modul kursus, latihan serta pendidikan profesional bagi melahirkan pegawai yang kompeten, cekap taktikal dan operasi serta pemahaman strategik. Ianya sejajar dengan keperluan untuk memastikan pendidikan ketenteraan menyediakan pegawai bukan sahaja untuk cabaran hari ini tetapi juga untuk ketidaktentuan masa depan.
Turut hadir adalah YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan serta pegawai-pegawai dari Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Bahagian Operasi Latihan Pertahanan (BOLP) Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Penganjuran perbincangan mejabulat mendukung Pelan Transformasi UPNM30 dan aspirasi Naib Canselor bagi menjadikan UPNM sebagai hub untuk PME nasional.
- Details
- Bil. Capaian: 1995
Bil. |
Tajuk projek |
Dana/Geran |
Jumlah peruntukan |
Penyelidik Utama/Ahli |
1. |
The strategic and tactical effectiveness of the Australian Special Air Service (SASR) in the Konfrontasi in Australia |
The Army History Research Grants Scheme, Australian Army History Unit, Department of Defence |
AUD 5,754.00 |
-Prof Dr Adam Leong Kok Wey (Timb. Pengarah CDiSS)
|
2. |
Grand Strategy and Cyber Power for Malaysia
|
Skim Geran Penyelidikan Fundamental, Kementerian Pengajian Tinggi |
RM 138,400.00 |
-Prof Dr Adam Leong Kok Wey (Timb. Pengarah CDiSS)
-Prof. Em. Dato’ Dr Wan Hashim bin Wan Teh (FPPP)
-Lt Jen Dato’ Fadzil Mokhtar (B) – Felo Pengajar CDiSS
-Aqilah Md Pazil (Pegawai Penyelidik CDiSS)
|
- Details
- Bil. Capaian: 6054
CDISS merupakan co-institution bagi Malaysia dalam Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) selain Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS). Track II NADI telah diasaskan oleh S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University, Singapore. Penglibatan CDISS dalam Track II NADI sejak dari tahun 2008 dan berterusan sehingga ke hari ini. Sepanjang penglibatan CDISS dalam Track II NADI, CDISS telah menyumbang ilmu dan kepakaran dalam bidang pertahanan, keselamatan, diplomasi dan hubungan antarabangsa.
Antara penglibatan CDiSS dalam program NADI:
- 14th NADI Meeting
Tarikh: 30 Mac – 1 April 2021
Platform: Webex
Penganjur: Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam
Pembentang: Pengarah CDiSS -
NADI Workshop on “ASEAN Defence Cooperation on Dealing With Climate Changes”
Tarikh: 22 – 25 Julai 2019
Tempat: Ha Long, Quang Ninh, Vietnam
Pembentang: Pengarah CDiSS -
12th NADI Annual Meeting on “ASEAN Defence Security Foresighting In The Next 2 Decades” and Retreat
Tarikh: 25 Feb – 3 Mac 2019
Tempat: Holiday Inn Chiangmai Hotel, Chiang Mai, Thailand
Pembentang: Pengarah CDiSS
- Details
- Bil. Capaian: 71010


CDiSS Resource Centre merupakan ruangan (lokasi di Aras Bawah dan Aras 1, Bangunan CDiSS) yang dilengkapi dengan buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang seperti pengajian strategi, diplomasi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan personal computer (PC) yang mempunyai sambungan/akses internet bagi memberi kemudahan kepada tetamu bagi mendapatkan rujukan secara capaian atas talian. Ruangan ini dibuka kepada semua staf UPNM untuk mendapatkan rujukan dan menjalankan penyelidikan secara jangka pendek.
