
28 OGOS 2025 | KUALA LUMPUR: Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Bil. 2/2025 telah berlangsung dengan penuh tertib dan strategik, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM di Menara Weststar.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat ini menjadi medan penting membincangkan halatuju, tadbir urus serta agenda strategik universiti khususnya dalam memperkukuh pelaksanaan aspirasi UPNM30.
Kehadiran barisan Ahli LPU bersama pengurusan tertinggi universiti mencerminkan kesepaduan dalam memastikan UPNM terus unggul sebagai universiti pertahanan bertaraf global, berwibawa dan berdaya saing.

23 OGOS 2025 | SENDAYAN: Satu lagi sejarah tercipta apabila UPNM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mildef International Technologies Sdn. Bhd. (MILDEF) sempena Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai MILDEF yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Pertukaran MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Pengarah Urusan MILDEF, YBhg. Dato’ Sri Mohd Nizam bin Kasa sambil disaksikan oleh YAB Perdana Menteri. Kerjasama strategik ini bakal merangkumi latihan teknikal dan profesional, pembangunan modul akademik, penyelidikan bersama dalam mobiliti taktikal serta armor, peluang latihan industri pelajar UPNM di fasiliti MILDEF dan penubuhan Pusat Penyelidikan Bersama MILDEF-UPNM sebagai hab inovasi pertahanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Naib Canselor menegaskan, “Ini bukan sekadar dokumen, tetapi simbol penyatuan antara akademia dan industri untuk memperkukuh pertahanan negara melalui ilmu, inovasi dan pembangunan modal insan.”
Kolaborasi ini menyokong Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) serta aspirasi UPNM30 bukan sahaja melahirkan graduan berkemahiran tinggi, tetapi turut memperkasa akademia melalui penyelidikan, penerbitan berimpak global dan pemindahan teknologi strategik bersama industri.
Dengan gabungan kekuatan ilmu akademik dan pengalaman industri, UPNM dan MILDEF kini bergerak seiring membina ekosistem pertahanan negara yang lebih berdaya saing, inovatif dan berpandangan jauh di pentas global.

18 OGOS 2025 | UPNM: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menerima kunjungan hormat Laksma Ts. Dr. Hisyam bin Harun, Ketua Pengarah Bahagian Mobilasi Angkatan Simpanan (KP BMAS).
Pertemuan ini membincangkan penglibatan Pegawai Kadet PALAPES UPNM sebagai komposisi utama Kontinjen Angkatan Simpanan ATM dalam Perbarisan dan Perarakan Aset Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BMAS bersama UPNM kini giat memastikan persediaan rapi, bukan sekadar urusan pentadbiran, tetapi demi menjulang martabat Angkatan Simpanan ATM di mata rakyat.
Daripada kampus ke pentas kebangsaan, inilah bukti UPNM terus melahirkan pemimpin berdisiplin, berkarakter dan berjiwa patriot selaras aspirasi UPNM30: Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan.

22 OGOS 2025 | UPNM: Centre for Defence and International Security Studies (CDISS), UPNM buat julung kalinya menganjurkan forum bertema “80th Anniversary of Hiroshima and Nagasaki Atomic Bombings: Strategic Lessons for Today” di Dewan Bestari.
Forum ini membuka ruang wacana yang kritikal bukan sekadar mengimbau sejarah, tetapi meneliti bagaimana tragedi itu membentuk doktrin ketenteraan, undang-undang antarabangsa serta bagaimana teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) kini menjadi faktor dalam strategi pertahanan global.
Ucapan pembukaan disampaikan Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad diikuti forum bersama tiga panel Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal (Bersara) dan Lt Jen Dato’ Fadzil Mokhtar (Bersara).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Apa yang dipelajari? Bahawa tragedi Hiroshima dan Nagasaki adalah titik noktah Perang Dunia Kedua namun juga titik mula kepada persoalan lebih besar. Bagaimana dunia boleh mengelakkan tragedi sama daripada berulang.
Dengan penganjuran ini, CDISS bukan sahaja mengangkat nilai sejarah, tetapi membuktikan peranannya sebagai medan ilmu strategik. Inilah sebahagian daripada aspirasi UPNM30. Sejarah jadi cermin. Ilmu jadi panduan. Keamanan jadi misi.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

18 OGOS 2025 | UPNM: Pagi tadi, Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Mohd Nizam bin Kasa, Pengarah Urusan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF). Pertemuan ini membuka lembaran baharu antara UPNM dan pengeluar kenderaan berperisai tempatan yang semakin diiktiraf, MILDEF.
MILDEF, sejak ditubuhkan pada 2005 telah muncul sebagai peneraju industri pertahanan tempatan dengan membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi Tarantula HMAV 4x4, antara yang pertama buatan Malaysia dan menjadi rakan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kunjungan ini adalah simbol bagaimana kesarjanaan UPNM kini setanding dengan keupayaan industri pertahanan tempatan. UPNM membina strategi dan penyelidikan teknologi, sementara MILDEF menambah kekuatan inovasi, membina sinergi untuk pertahanan negara. Inilah langkah awal ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang bakal menyatukan kepakaran akademia dan inovasi industri demi memperkukuh ekosistem pertahanan negara.
Sebagai universiti pertahanan tunggal negara, UPNM memperkukuh identitinya dalam ketenteraan, keselamatan dan teknologi pertahanan seiring dengan rakan strategik seperti MILDEF yang menerajui penghasilan teknologi mobiliti berperisai. Inilah cerminan UPNM30. Akademia dan industri berganding tangan, membina kekuatan sebenar negara, berdiri teguh di pentas global dengan strategi, ilmu dan keupayaan sendiri.
Nantikan pemeteraian MoU yang bakal menyatukan kekuatan akademia dan industri untuk masa depan pertahanan negara.
More Articles ...
- UPNM di Kampung Angkat MADANI. Patriotisme yang disemai dari tangan kecil.
- Bila dua institusi berganding bahu, ilmu bukan hanya berkembang, ia menjadi lebih bermakna.
- Bagaimana sebuah universiti membina kekuatannya? Ia bermula dengan manusia di belakang misinya.
- UPNM dan ATM, membina kepimpinan masa depan bersama.