Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan Buku Garis Panduan Apprenticeship Degree serta telah melaksanakan satu projek rintis Program Apprenticeship Degree hasil kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Penghasilan program ini adalah satu tanda komitmen JPT kepada manifestasi Kementerian dalam merealisasikan agenda Negara ke arah membangunkan bakat mahir yang memenuhi keperluan industry (industry-ready) dan graduan kalis masa hadapan (future-proof graduates). 


Tarikh: 13 Disember 2023

Tempat: Aplikasi Zoom