Pusat Latihan dan Kepimpinan UPNM, Kem Kongkoi

Pengenalan:-

  • Kem. Kongkoi memiliki sejarah yang tersendiri dalam sejarah pertahanan negara sewaktu berlakunya insurgensi. Lokasi yang cukup strategik dalam aspek pertahanan ini kini telah dipertingkatkan penggunaannya dalam melatih Pegawai Kadet UPNM dan penganjuran Latihan Kepimpinan di peringkat nasional.
  • Pusat latihan ini berkedudukan 8 minit dari Hospital Jelebu dan 9 minit dari Pekan Jelebu.

Tenaga Pengajar dan Fasilitator:-

Tenaga pengajar dan fasilitator adalah mengikut keperluan bidang latihan yang direka khas berdasarkan keperluan pelanggan. Tenaga pengajar tambahan dan fasilitator ini adalah seperti berikut:

  • Pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Pegawai Awam dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Pegawai Sedang Berkhidmat dan Pesara dari Angkatan Tentera Malaysia
  • Tenaga pengajar berdasarkan permintaan pelanggan