Melalui amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi Tahun 20223 telah persetujui bahawa Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Higher Education Policy Review Committee – NRC) ditubuhkan bagi menyokong reformasi dan menambahbaik pendidikan tinggi di negara ini. Salah satu inisiatif yang telah diperakukan untuk pelaksanaan adalah berkaitan WS1: Student Development di mana Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan penyertaan industri dalam program work-based learning (WBL) seperti 2u1i/ 3u1i dengan membantu menguar-uarkan penerimaan potongan cukai berganda melalui insentif National Structured Internship Programme (MySIP) oleh Talentcorp kepada industri yang berkaitan.


Tarikh: 6 Februari 2024

Tempat: Secara Dalam Talian (Platform: Google Meet)