Perbincangan ini bertujuan untuk membentangkan dengan lebih terperinci aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak UPNM Holdings di Kem Kongkoi, Jelebu bagi penyediaan Program Mobiliti Pelajar yang akan datang. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah UPNM Holdings iaitu Kapten Fazdlan Waridwan bin Mohd Jonikhir, Eksekutif Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, UPNM Holdings SDN BHD dan En. Abd Risham bin Abdul Latib, Pegawai Pemasaran/ Jurulatih, UPNM Holdings SDN BHD.


Tarikh : 30 Mei 2023

Tempat : Bilik Perbincangan PJAA