Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) merupakan peneraju kepemimpinan pendidikan tinggi negara yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kelompok pemimpin akademik dan pentadbir yang terlatih menerusi pelaksanaan program pembangunan, pendayaupayaan dan pemerkasaan kepemimpinan yang berstruktur dan dinamik. Program ini adalah inisiatif kementerian dalam memperkasakan kompetensi pemimpin universiti yang berminda keusahawanan, kreatif serta berdaya saing ke arah inovasi terpimpin seiring dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa. 


Tarikh: 29 November 2023

Tempat: AKEPT, Nilai, Negeri Sembilan