Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) telah menerima lawatan daripda delegasi Universitas Mataram seramai tiga (3) orang bagi menonjolkan teknologi pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di UPNM. Delegasi juga turut membuat sesi lawatan ke Pusat Jaringan Antarabangsa (PJAA) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, PNC (Pembangunan dan Kualiti Akademik), Pejabat TNC (Akademik dan Antarabangsa), Encik Mohd Afiq bin Zamanhuri serta Encik Muhammad Zahrulnizam bin Zulcaphlli daripada CTL bagi sesi pengenalan Pejabat Antarabangsa UPNM kepada delegasi tersebut.


Tarikh: 6 November 2023

Tempat: Bangunan Jauhari dan sekitar UPNM