Selain daripada sesi penyerahan dokumen Memorandum of Understanding (MoU), ia juga bertujuan untuk membincangkan lebih terperinci berkaitan pengurusan program mobiliti pelajar yang juga merupakan salah satu usahasama yang tertakluk dalam MoU tersebut. Di samping itu, PJAA juga berkesempatan mengadakan sesi lawatan ke Bahagian Pengurusan Visa Pelajar Antarabangsa, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, UIAM bagi memperlihatkan urus tadbir pengurusan visa pelajar antarabangsa yang lancar dan sistematik.


Tarikh : 31 Mei 2023

Tempat : Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, UIAM