
- Sebagai ‘one-stop center’ mengkordinasikan pembangunan dan pelaksanaan program-program akademik luar kampus di pelbagai peringkat (diploma, ijazah dan sarjana) bagi memenuhi keperluan pengajian sepanjang hayat pegawai-pegawai dan anggota agensi pertahanan dan keselamatan negara.
- Menawarkan dan melaksanakan program pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan selaras dengan keperluan agensi-agensi pertahanan dan keselamatan khususnya dalam industri pertahanan Negara.
- Menjana pendapatan Universiti secara konsisten melalui program-program akademik luar kampus dan program professional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan.


