- Details
- Bil. Capaian: 2143
Assalamualaikum w.b.t. & Salam sejahtera,
Selamat datang ke laman sesawang Pusat Pembangunan Keusahawanan & Inovasi (PPKI) UPNM. Penubuhan PPKI sejak 2012 adalah sejajar dengan objektif keusahawanan di UPNM untuk membentuk sinergi ekosistem antara lapisan pelajar, staf akademik, staf bukan akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam landskap pengajian tinggi.
Walaupun PPKI masih muda berbanding pusat-pusat pembangunan keusahawanan di IPT yang lain, ia tidak menjadi penghalang untuk menghidupkan ekosistem keusahawanan di UPNM, PPKI disokong oleh Kelab Keusahawanan pelajar beriltizam untuk menghidupkan minda dan kepimpinan keusahawanan dengan pelbagai aktiviti dan program di dalam dan luar UPNM. Ini sebenarnya bertepatan dengan aspirasi UPNM sebagai tempat tumbuhnya Intellectual Leaders of Character. Sudah tentunya kepimpinan keusahawanan (entrepreneurial leadership) yang memerlukan seseorang menjadi kreatif serta inovatif dalam memimpin merupakan salah satu karektor unggul seorang Intellectual Leaders of Character.
Justeru, PPKI berfungsi mengikut template dan rangka kerja yang disusun oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 iaitu berdaya saing, kreatif & inovatif di dalam mencipta pekerjaan di masa hadapan.
- Details
- Bil. Capaian: 7341
PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR (DATC) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM



Program Bootcamp Future Entrepreneurs In Food Security Convention (FEAST) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)



PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM HATCHQUEST : EMPOWERING STARTUP TALENT


GLOBAL OUTREACH : ENTREPRENEUR TO SOCIETY INNOVATION, TECHNOLOGY, ADOPTION TO PRINCE SONGKHLA UNIVERSITI (PSU), THAILAND









MAJLIS PELEPASAN BENIH IKAN DI TAPAK INKUBATOR KOLAM PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR APLIKASI SOLAR & IoT



LAWATAN PEMANTAUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN INKUBATOR AGROPRENEUR SOLAR & IoT DI UPNM




- Details
- Bil. Capaian: 2723
Borang Pengesahan untuk Mendaftar SSM - Borang Pengesahan Pendaftaran SSM
Borang Sewaan Kiosk Siswa Bangunan Tuah UPNM - Borang Sewaan Kiosk Siswa
Kaji Selidik Minat Terhadap Perniagaan - Kaji Selidik Minat Berniaga
- Details
- Bil. Capaian: 2230
Piagam Pelanggan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi
Berteraskan keusahawanan sebagai tunjang dengan berpegang kepada nilai kreatif dan inovatif serta profesionalisma di dalam pembangunan modal insan yang bersahsiah tinggi. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi UPNM berazam dan bertekad untuk melaksanakan kepelbagaian hak kepada semua pelanggannya secara professional, beretika dan berintegriti;
- Menyediakan pendididkan yang bermutu berdasarkan kepada piawaian global yang menjamin peluang kerjaya yang cemerlang di dalam semua bidang yang diceburi.
- Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi membolehkan kakitangan mempamerkan kebolehan serta keupayaan dan kecemerlangan dengan sistem insentif yang pelbagai serta peluang untuk memperkukuhkan laluan kerjaya yang berdaya saing.
- Menjadikan UPNM relevan kepada masyarakat di dalam usaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan memperkukuhkan jati diri dan bangsa.
- Memastikan Industri menjadi rakan pintar bagi meningkatkan penjanaan ekonomi dan pengwujudan peluang pekerjaan para graduan UPNM.
- Menyediakan tenaga kerja berpengalaman dengan kemahiran yang tinggi, disamping memiliki kebolehan keusahawanan yang dapat menembusi semua aspek keperluan negara.


